Umat Islam sambut Aidiladha 29 Jun

Umat Islam sambut Aidiladha 29 Jun

Tarikh itu diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Korban, pada 29 Jun, Khamis. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444 Hijrah ialah pada 20 Jun 2023 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 29 Jun 2023 Masihi,” menurutnya dalam pengumuman yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.