
“Kita akan siasat. Kita belum dapat mengesahkan lagi betul atau tidak iklan ini dikeluarkan oleh CERiA (Centre of Excellence for Research in AIDS) atau mungkin pihak lain,” kata jurucakap UM dipetik Harian Metro.
Beliau berkata, kebiasaannya iklan perjawatan akan dikeluarkan bahagian sumber manusia.
“Cuma untuk (permohonan) jawatan pembantu penyelidik ini, saya tak pasti sama ada ia di bawah sumber manusia atau CERiA. Kita pun belum dapat maklumat sebenar mengenai perkara ini,” katanya sambil menambah satu perjumpaan mengenai tawaran iklan itu akan diadakan secepat mungkin.
Iklan tawaran pekerjaan yang tular itu antara lain menekankan pemohon perlu berpengetahuan dan berpengalaman dalam penyelidikan dengan komuniti LGBT.
“Kami menggalakkan permohonan daripada gay, biseksual dan ahli komuniti MSM yang lain,” menurut iklan itu.