Mahmood Zuhdi meninggal dunia

Mahmood Zuhdi meninggal dunia

Tokoh agamawan itu dilapor meninggal dunia 10.20 malam tadi.

Laman rasmi Majlis Dakwah Negara memaklumkan pemergian Mahmood Zuhdi Abd Majid, malam tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Mahmood Zuhdi Abd Majid, meninggal dunia, malam tadi.

MDN dalam laman rasmi Facebook, memaklumkan pemergian tokoh agama itu.

Memetik Astro Awani, Mahmood dilapor menghembuskan nafas terakhir pada 10.20 malam tadi.

Setakat ini, maklumat berkaitan lokasi dan solat jenazah dan pengebumian masih belum dikongsi kepada umum.

Allahyarham semasa hayatnya merupakan Felo Penyelidik Bersekutu Universiti Malaya dan dianugerahkan kedudukan sebagai Profesor Emeritus daripada universiti itu pada tahun 2011.

Allahyarham juga merupakan seorang penulis berbakat, telah menerbitkan beberapa buku syariah selama beberapa tahun.

Buku beliau termasuklah ‘Ke arah Merealisasikan Undang-undang Islam’ di Malaysia (1998), Pentadbiran Undang-undang Jenayah Islam Malaysia (1999), Wakaf dan Pelaksanaannya di Malaysia (2000) dan Ulama Penggugat Zaman (2004).

Antara beberapa artikel ditulis arwah termasuklah Fiqh Malaysia: Konsep dan Cabaran (2000), Peranan Zakat Dalam Pembangunan Ummah (2002) dan Teori Politik Islam: Memahami Siasah Syariah (2003).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.