
Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin berkata, suspek dibebaskan dengan jaminan polis semalam, sebaik soal siasat selesai, lapor Buletin TV3.
Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, masih dijalankan.
Zam Halim meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian ini kerana ia masih disiasat, serta memohon saksi tampil membantu siasatan polis.
Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Media sebelum ini melaporkan seorang pegawai polis ditahan selepas disyaki memandu melawan arus di Jalan Cheras, dipercayai bawah pengaruh alkohol, pada kira-kira 4 pagi.
Dia turut dilaporkan menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari kepada anggota polis yang cuba menahannya.