Dah puas pegang jawatan, tak kisah dicalon negeri mana, kata Shahidan

Dah puas pegang jawatan, tak kisah dicalon negeri mana, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau berkata beliau pernah menyandang banyak jawatan termasuk menteri besar.

Shahidan Kassim berkata yang penting beliau dapat membantu jentera PN pada PRN akan datang.
PETALING JAYA:
Bekas menteri besar Perlis, Shahidan Kassim berkata, beliau sudah puas memegang pelbagai jawatan dan tiada masalah dicalonkan Perikatan Nasional (PN) di mana-mana kerusi, termasuk Selangor pada PRN.

“Apa yang penting sekarang adalah tugas saya untuk membantu jentera PN bagi pilihan raya kali ini.

“Kalau cerita pasal jawatan, saya sebenarnya sudah puas, saya sudah menyandang banyak jawatan pun sebelum ini, termasuk menjadi menteri besar,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi mesyuarat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Ahli Parlimen Arau itu berkata, PN semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu berbanding Umno.

Dakwanya, ramai ahli Umno kecewa dengan tindakan kepimpinan tertinggi yang dilihat tidak memihak kepada ketuanan Melayu berbanding PN.

“Umno sendiri pun hakikatnya hanya mempunyai 26 kerusi di Parlimen saja berbanding kami yang berjumlah 74.

“Jadi, dia sebenarnya tak memerintah, hanya menumpang orang untuk memerintah.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.