Pujuk isteri orang lakukan seks, pegawai kanan DBKL mengaku tak salah

Pujuk isteri orang lakukan seks, pegawai kanan DBKL mengaku tak salah

Pihak pendakwaan mendakwa Khairul Anuar Mhd Juri cuba memujuk wanita berusia 37 tahun itu mengadakan persetubuhan, antara Jun dan November tahun lalu.

Khairul Anuar Juri didakwa cuba memujuk seorang wanita berkahwin mengadakan persetubuhan untuk tempoh beberapa bulan tahun lalu, di Ibu Pejabat DBKL.
KUALA LUMPUR:
Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini kerana cuba memujuk seorang wanita berkahwin melakukan seks.

Khairul Anuar Juri, 49, seorang pengarah eksekutif DBKL, didakwa memujuk wanita berusia 37 tahun melakukan persetubuhan, antara 14 Jun dan 4 Nov 2022, di Ibu Pejabat DBKL.

Dia dituduh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Khairul berdepan dua tahun penjara, denda atau kedua-duanya sekiranya disabit.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin membenarkan Khairul diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menangguhkan kes kepada 25 Julai.

Nurul Izzah juga mengarahkan Khairul tidak mengganggu saksi dalam kes itu.

Wanita berkenaan tidak dinamakan kerana alasan perundangan.

Khairul diwakili peguam Fahmi Abd Moin, manakala kes pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Noor Diana Saad. Nor Azri Mohd Arif pula sebagai pemerhati bagi wanita itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.