‘Naungan politik’ lindungi judi dalam talian, kata menteri

‘Naungan politik’ lindungi judi dalam talian, kata menteri

Menteri dalam negeri berkata elemen menjurus ke arah itu ada dalam operasi judi dalam talian di negara ini.

Saifuddin Nasution Ismail mahu Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dipinda kerana tidak relevan untuk mengekang kegiatan perjudian pada masa ini.
KUALA LUMPUR:
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail tidak menafikan wujud elemen “naungan politik” yang melindungi kegiatan judi dalam talian.

“Hal ini bukan hanya negara kita, satu dunia dengan ledakan teknologi baru ini berdepan dengan perkara ini, untuk saya berdiri di sini mengatakan Malaysia ini aktiviti judi dalam talian bebas daripada naungan politik, orang akan ketawakan kita.

“Ya, memang wujud element naungan politik ke atas pemain ini, ada secara afirmatifnya ada, dari situ datang pengaruh, perlindungan, rasuah, dan pemain dinaungi dan dari dia membalas ketua politik mereka,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau juga berpendapat Akta Rumah Judi Terbuka 1953 perlu dipinda kerana disifatkan tidak relevan untuk mengekang kegiatan judi pada masa ini.

“Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ini tak pernah dipinda, pindaan itu tak berlaku, saya akan bincang dengan perdana menteri, dulu judi ayam sahaja sekarang lain, tapi akta kita pakai masih sama.

“Saya bagi jaminan dengan tekad politik baru, undang-lama lama kena lakukan segera pindaan,” katanya.

Saifuddin turut memaklumkan sejumlah 2,119 laman web judi disekat dengan kerjasama pihak berkuasa, Kementerian Komunikasi dan Digital serta Bank Negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.