Interpol belum terima permohonan jejak Jocelyn Chia

Interpol belum terima permohonan jejak Jocelyn Chia

Pertubuhan polis antarabangsa itu berkata sebarang permintaan berhubung kait kebebasan bersuara akan dinilai mengikut piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

Interpol berkata, apa jua permintaan menjejak individu perlu mematuhi perlembagaannya, yang melarang aktiviti berkaitan keagamaan, perkauman, ketenteraan, atau politik. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Interpol belum menerima permohonan polis berhubung bantuan menjejak pelawak kontroversi, Jocelyn Chia.

Channel NewsAsia (CNA) melaporkan tiada permintaan seumpama itu diterima, setakat semalam.

“Tiada permintaan untuk notis atau penyebaran dari Malaysia diterima berkaitan individu terbabit,” kata jurucakap Interpol kepada CNA.

Jurucakap itu berkata, sebarang permintaan berkaitan kesalahan kebebasan bersuara akan dinilai mengikut piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

Permintaan juga mesti “mematuhi perlembagaan Interpol yang melarang sebarang aktiviti bersifat keagamaan, perkauman, ketenteraan, atau politik”.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani, berkata polis akan memohon bantuan Interpol menjejak Chia kerana memperlekeh negara ini menggunakan platform di Amerika Syarikat.

Dalam maklum balasnya, Chia berkata, tindakan itu menjadikan lebih terkenal.

Dalam klip video tular minggu lalu, Chia dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat berbaur penghinaan kepada Malaysia. Dia juga dikatakan membuat jenaka “buruk” berkaitan kehilangan pesawat MH370.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.