
Video berdurasi 1 minit 54 saat itu menunjukkan kenderaan yang dipandu mangsa cuba mengharungi arus deras sebelum tersangkut pada jambatan dan hilang dibawa arus.
Ketua Polis Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata video itu mula dikesan di media sosial kelmarin apabila kejadian itu didakwa berlaku berhampiran kawasan air terjun Lata Iskandar.
“Ekoran dari video yang telah ditularkan itu, pihak polis telah menjalankan siasatan dan mengesahkan tiada sebarang kejadian berlaku di Jalan Tapah ke Cameron Highlands itu.
“Polis mengingatkan orang ramai supaya menghentikan penularan video berkenaan yang boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, menurut Sinar Harian.
Menurut Azharuddin, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505b Kanun Keseksaan.