Bersatu setuju serah 2 kerusi kepada PAS Kelantan, kata Amar

Bersatu setuju serah 2 kerusi kepada PAS Kelantan, kata Amar

Sebelum ini PAS memutuskan bertanding di 37 kerusi dan lapan lagi ditandingi Bersatu.

Mohd Amar berkata keputusan akhir pengagihan kerusi belum diputuskan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
PAS Kelantan membayangkan bakal bertanding di dua lagi kerusi pada PRN yang diserahkan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN), Bersatu, kata Mohd Amar Nik Abdullah.

Timbalan Pesuruhjayanya itu berkata dua kerusi terbabit adalah daripada lapan DUN diperuntuk kepada Bersatu sebelum ini yang kesemuanya dimenangi Umno pada PRU14.

“Setakat ini Bersatu bersetuju dengan cadangan kita (serah dua kerusi), manakala mereka bertanding di enam kerusi.

“Bagaimanapun keputusan akhir belum diputuskan lagi,” katanya menurut Berita Harian ketika ditemui selepas mesyuarat exco.

Sebelum ini PAS memutuskan untuk bertanding di 37 daripada 45 kerusi DUN pada PRN, dengan lapan lagi ditandingi Bersatu.

DUN Kelantan akan dibubarkan pada 22 Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.

Sementara itu, Ketua Bersatu Kelantan Kamaruddin Md Noor berkata pihaknya akur dengan perkembangan baharu itu.

“Saya sudah dimaklumkan perkara ini beberapa hari lalu, yang penting adalah kita menang di Kelantan bukannya berebut kerusi siapa yang banyak,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.