
Empat yang lain adalah Hakim-hakim Mahkamah Sesyen Haldar Abdul Aziz dan Roszianayati Ahmad, serta peguam Yusrin Yusoff dan Moses Susayan.
Surat pelantikan mereka diserahkan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, dengan tempoh perkhidmatan dua tahun bermula hari ini.
Faridz mengangkat sumpah di depan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli kerana beliau bakal bertugas di Kota Kinabalu. Lima lain pula yang akan bertugas di Semenanjung, mengangkat sumpah di depan Hakim Besar Malaya Zabidin Diah.
Terdahulu, Hakim Abdul Karim Abdul Jalil dan Abu Bakar Jais yang masing-masing menjadi hakim Mahkamah Persekutuan, mengangkat sumpah di depan Tengku Maimun.
Hakim Azmi Ariffin, Azahari Kamal Ramli, SM Komathy dan Choo Kah Sing yang semuanya dilantik ke Mahkamah Rayuan, turut mengangkat sumpah di depan Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim.
Sementara itu, 10 pesuruhjaya kehakiman yang disahkan sebagai hakim mahkamah tinggi pula mengangkat sumpah di depan Zabidin.
Mereka adalah Nurulhuda Nur’aini Nor, Norliza Othman, Hasbullah Adam, Shamsulbahri Ibrahim, Roslan Mat Nor, Julia Ibrahim, Arief Emran Arifin, Lee Kien How @ Johan Lee, Adlin Abdul Majid dan Abazafree Abbas.
Terdahulu, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinggi menerima surat pelantikan masing-masing daripada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.