Bakar al-Quran, penganggur ditahan polis

Bakar al-Quran, penganggur ditahan polis

Polis berkata lelaki itu ditahan selepas dilihat membakar al-Quran dan sejadah di tepi sebuah pusat hemodialisis.

Suspek berusia 33 tahun itu ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 298 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA:
Seorang penganggur ditahan polis kerana disyaki membakar al-Quran dan sejadah dalam satu kejadian di Batu Rakit, Kuala Nerus.

Timbalan Ketua Polis Kuala Terengganu Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada berhampiran Pasar Maras pada 10.50 pagi semalam.

Katanya, suspek ditahan susulan laporan seorang penduduk yang mendakwa melihat lelaki itu membakar al-Quran dan sejadah di tepi sebuah pusat hemodialisis di Batu Rakit.

“Pengadu memberitahu dia menerima panggilan telefon yang memaklumkan perbuatan suspek membakar al-Quran dan sejadah di tepi pusat hemodialisis itu.

“Pengadu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati suspek sedang membakar barangan berkenaan,” katanya menurut Harian Metro.

Katanya, al-Quran dan sejadah itu disyaki diambil dari masjid berhampiran.

Menurutnya, suspek yang tidak bekerja itu direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 298 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.