Malaysia, Indonesia sepakat pertahan kepentingan sawit

Malaysia, Indonesia sepakat pertahan kepentingan sawit

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kementerian kedua-dua negara atas usaha sama mencapai kata sepakat.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Presiden Indonesia Joko Widodo di Kompleks Seri Perdana. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Malaysia dan Indonesia pertama kali senada dalam usaha kedua-dua negara selaku pengeluar minyak sawit mempertahankan komoditi berkenaan yang berhadapan ancaman kempen anti-sawit.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kementerian kedua-dua negara atas usaha sama mencapai kata sepakat.

“Tahniah kepada kedua-dua menteri kerana pertama kali satu suara mempertahankan kepentingan kelapa sawit,” katanya semasa sidang media bersama Presiden Joko Widodo di Kompleks Seri Perdana.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Fadillah Yusof dan Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi (Komenko) Indonesia, Dr Airlangga Hartarto menyertai misi bersama ke Kesatuan Eropah bagi melindungi kepentingan sektor minyak sawit kedua-dua negara.

Kunjungan itu bawah Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.