Hans Isaac dilantik pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia

Hans Isaac dilantik pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia

Pelakon itu antara 16 individu yang diumumkan pelantikan anggota perbadanan itu oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Hans Isaac adalah bekas pengerusi Finas dan pada Julai 2022 beliau memenangi jawatan ketua PKR Ampang.
PETALING JAYA:
Pelakon dan juga ahli politik Hans Isaac sebagai pengerusi baharu Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi sesi 2023/2025.

Isaac antara 16 individu dari sektor korporat, persatuan sukan dan sektor kerajaan yang dilantik sebagai anggota perbadanan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pelantikan keanggotaan baharu itu dilakukan bagi memastikan hala tuju PSM dalam pengurusan fasiliti yang berdaya mampan, mengamalkan tadbir urus korporat yang baik serta menyediakan perkhidmatan efisien dan profesional kepada semua pihak.

“Perkara itu turut melibatkan usaha bagi merakyatkan fasiliti PSM untuk kegunaan orang awam dalam mempromosikan gaya hidup sihat,” katanya dalam satu kenyataan.

Isaac adalah bekas pengerusi Finas dan pada Julai 2022 beliau memenangi jawatan ketua PKR Ampang.

Pelakon berusia 51 tahun itu memulakan karier dalam bidang seni pada 1995 dan berlakon dalam banyak filem dan drama tempatan sebelum mengumumkan bersara dari bidang itu pada 2021.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.