
Pengerusi PH Kedah itu berkata, sehingga kini rundingan 32 DUN sudah selesai.
“Kita berjaya menetapkan apa yang diputuskan gabungan di peringkat pusat berdasarkan kepada parameter yang perlu diakui semua parti dalam gabungan,” katanya menurut Sinar Harian.
Mahfuz berkata, status quo kini bukan lagi menjadi penanda aras utama dalam agihan kerusi, sebaliknya dinilai melalui pelbagai faktor yang boleh memberi kemenangan kepada calon PH dan BN.
“Ada kawasan kita gunakan status quo, iaitu kerusi sedia ada yang kita menang atau BN menang, maknanya kita tidak usik. Tak kan pula PH nak kerusi Bandar Baharu atau Sungai Tiang (yang memang sudah dimenangi BN), dalam hal ini kita akui kepada mereka,” katanya sambil menyatakan kerusi lain masih terbuka bagi dua gabungan dengan melihat faktor boleh menang.
Mahfuz bagaimanapun tidak mendedahkan formula agihan yang digunakan menjelang PRN sama ada melibatkan 60%-40% atau agihan sama rata.
“Saya percaya semua 36 kerusi akan dimuktamadkan menjelang Hari Keputeraan Sultan Kedah (18 Jun),” katanya.