
Anwar, bagi pihak kerajaan perpaduan, turut mendoakan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat, hidayah, berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan,” katanya di Facebook rasminya.
Perdana menteri turut berharap Seri Paduka kekal qarar memerintah dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara selaras fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam, lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di Malaysia.