
Terdahulu, suspek merogol seorang wanita ketika melakukan kerja penyelenggaraan di rumah mangsa pada 31 Mei lalu.
Dalam kenyataan polis berkata, selepas melakukan jenayah itu, suspek melarikan diri, namun mangsa sempat merakam wajahnya menggunakan telefon bimbit.
Mangsa kemudian memaklumkan kejadian kepada ibu saudaranya.
“Hasil maklumat itu polis berjaya mengesan suspek yang dalam perancangan melarikan diri untuk balik ke negara asal dengan menggunakan pesawat.
“Dalam tempoh kurang 48 jam, suspek berjaya diberkas ketika berada di pintu pelepasan lapangan terbang dan dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.