9 hentian bas tak dapat dilalui akibat banjir kilat, kata RapidKL

9 hentian bas tak dapat dilalui akibat banjir kilat, kata RapidKL

Dalam satu kenyataan, ia memaklumkan laluan bas berkenaan akan dilencongkan dari Klang Sentral terus ke Jalan Meru.

Menurut RapidKL, laluan yang terjejas melibatkan sembilan perhentian bas termasuk termasuk Maybank Setia Alam, Setia Avenue (Utara), Setia City Mall dan Dewan Sri Gading.
PETALING JAYA:
Sembilan perhentian bas tidak dapat dilalui susulan banjir kilat yang melanda kawasan Setia City Mall pagi tadi

Menerusi satu kenyataan, Rapid Bus Sdn Bhd selaku pengendali rangkaian perkhidmatan bas Rapid KL, memaklumkan laluan bas berkenaan akan dilencongkan dari Klang Sentral terus ke Jalan Meru.

“Perhentian bas yang tidak dapat dilalui ialah Maybank Setia Alam, Setia Avenue (Utara), Setia City Mall, Dewan Sri Gading dan Damai 15 Residence dan Pangsapuri Semarak.

“Selain itu, tiga lagi perhentian ialah ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setia Alam, Sekokah Kebangsaan (SK) Setia Alam dan Dataran Setia Prima,” kata Rapid KL di Facebook.

Menurut kenyataan itu, laluan yang terbabit adalah Laluan 753.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.