Acu pisau, rogol warga emas, kelindan lori mengaku tak salah

Acu pisau, rogol warga emas, kelindan lori mengaku tak salah

R Vasant Raj mengacu pisau di leher mangsa sebelum merogol wanita warga emas.

Tertuduh R Vasant Raj mengaku tidak bersalah merogol wanita warga emas, April lalu. (Gambar Bloomberg)
KAJANG:
Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol seorang warga emas dengan mengacukan pisau ke arahnya, April lalu.

R Vasant Raj, 20, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 71 tahun di sebuah rumah di Taman Asa Jaya, 4 petang, 15 April lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan.

Hakim Mazuliana Abdul Rashid membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan selain menetapkan 7 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.