Suspek bunuh teman wanita hamil akan didakwa pagi ini

Suspek bunuh teman wanita hamil akan didakwa pagi ini

Media sebelum ini melaporkan luka akibat tikaman di dada punca mangsa berusia 21 tahun itu maut, selain dikelar di perut sebelum mayatnya dibakar.

Polis berkata, suspek berusia 20 tahun itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar pagi ini.
SHAH ALAM:
Lelaki disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar minggu lalu akan didakwa pagi ini.

Ketua Polis Sabak Bernam, Agus Salim Mohd Alias berkata, bekas penuntut kolej itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Besar.

Media sebelum ini melaporkan luka akibat tikaman di dada punca seorang pelayan restoran berusia 21 tahun itu maut, selain dikelar di perut sebelum mayat mangsa dibakar teman lelakinya.

Pada 24 Mei lalu, Agus Salim dalam sidang media di IPD Sabak Bernam berkata, suspek berusia 20 tahun membawa mangsa menaiki kereta sebelum bertengkar dan bertindak memukul kepala wanita itu sehingga pengsan.

Katanya. suspek kemudian menikam mangsa menggunakan pisau dapur serta menoreh perutnya, sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke lokasi kejadian keesokannya dengan membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.