
Pejabat Pro Naib Canselor UKM berkata, pasukan perubatan HCTM menyambut Nagarajan setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam dan terus menghantarnya ke hospital menggunakan ambulans.
“Nagarajan selamat tiba di Malaysia pada 6.30 pagi menaiki pesawat Malaysia Airlines diiringi pengasas ZeroTo8000, Mohd Khafiz Bachok.
“Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) mendoakan beliau kembali sihat seperti biasa,” katanya menurut Berita Harian.
Selepas menakluk puncak Everest pada 22 Mei lalu, Nagarajan, 59, diselamatkan beberapa malim gunung kerana mengalami simptom buta salji ketika dalam perjalanan ke kem empat.
Simptom akibat pantulan pancaran sinar matahari ke atas salji menyukarkan penglihatan dan mengehadkan pergerakannya menuruni gunung itu.