Ingat, kita bukan lagi lawan, Rafizi beritahu Puad

Ingat, kita bukan lagi lawan, Rafizi beritahu Puad

Rafizi Ramli memberi amaran kepada Puad Zarkashi agar tidak meminggirkan penyokong PH kerana Umno akan bergantung kepada 'kerjasama' mereka dalam PRN.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kritikan Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mungkin mengganggu penyokong tegar Pakatan Harapan.
SHAH ALAM:
Rafizi Ramli mengingatkan Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi bahawa kedua-duanya bukan lagi lawan politik, berikutan kritikan terhadap menteri ekonomi baru-baru ini.

“Saya tidak terganggu dengan apa yang dikatakan oleh beberapa pengkritik. Satu-satunya perkara yang saya harap orang seperti Puad ini ialah kita kini bersama dalam kerajaan perpaduan.

“Umno memerlukan sebanyak undi Pakatan Harapan (PH), sama seperti ia memerlukan undi sendiri untuk memenangi kerusi pada PRN akan datang, termasuk kubu kuat PH seperti Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan,” kata Rafizi kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), di Shah Alam.

Beliau berkata, Puad sebaik-baiknya usah kacau dan tolak pengundi PH kerana mereka juga akan bergantung kepada undi penyokong gabungan itu pada PRN akan datang.

“Sebab itu saya tidak berkata apa-apa tentang Umno kerana saya mahu fokus pada tugas saya dan rakannya (Umno) dalam kabinet memahaminya. Saya rasa lebih baik Puad juga mengingatinya.” kata Rafizi.

Rafizi berkata, walaupun kritikan adalah “sebahagian tugas” sebagai menteri, ia mungkin mengganggu penyokong tegar PH jika Puad terus menyerangnya.

Semalam, Puad berkata, prestasi buruk Rafizi sebagai menteri ekonomi telah memaksa pentadbiran Anwar Ibrahim menangkis khabar angin tentang rombakan Kabinet.

Panasonic tutup dua jabatan

Rafizi juga mengulas mengenai Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menutup dua jabatan pembuatan produk tempatannya, berkata keputusan sedemikian biasanya sebahagian daripada perancangan keseluruhannya.

“Apabila mereka membuat keputusan untuk melabur di Malaysia, mereka melihat bagaimana operasi mereka di sini sesuai dengan keperluan khusus mereka tetapi jika ia tidak lagi memenuhi keperluan maka mereka akan memutuskan untuk berpindah.”

Beliau berkata, apabila pengeluar tertentu datang ke Malaysia, khususnya pada 1970-an dan 1980-an, mereka berbuat demikian kerana ia menguntungkan dari segi kos.

“Kami harus menerima bahawa kami kehilangan kelebihan jika kami memberi tumpuan kepada bidang sama seperti kami lakukan 30 tahun lalu kerana Vietnam sedang mengejar dan negara lain mempunyai kos buruh dan infrastruktur jauh lebih rendah.”

Awal hari ini, Panasonic berkata, ia akan menutup dua jabatan pembuatan produk di kilangnya di Shah Alam. Ia menyelesaikan proses rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan pada 1 Mac.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.