2 remaja lemas di Sungai Pahang

2 remaja lemas di Sungai Pahang

Mangsa ialah Mohd Safwan Zamri dan Mohd Hanafi Romzi dengan kedua-duanya berusia 13 tahun.

Bomba berkata, mayat semua mangsa ditemukan orang awam sebelum pihaknya tiba di lokasi kejadian pada 3.27 petang. (Gambar Bernama)
KUANTAN:
Dua remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Pahang di Kampung Batu Embun, Jerantut, petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata mereka ialah Mohd Safwan Zamri dan Mohd Hanafi Romzi, kedua-duanya berusia 13 tahun.

“Kedua-dua mangsa ditemukan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Zulfadli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 3.07 petang dan jentera bomba mengambil masa 20 minit untuk tiba ke lokasi kerana balai bomba terdekat terletak 20 kilometer dari kampung berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.