Tanding PRN: Nurul Izzah serah parti buat keputusan

Tanding PRN: Nurul Izzah serah parti buat keputusan

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, buat masa ini beliau terus menjalankan tanggungjawab sedia ada iaitu sebagai ketua bersama sekretariat jawatankuasa penasihat Kementerian Kewangan diketuai Hassan Marican.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, beliau menyerahkan kepada parti untuk memutuskan sama ada beliau bertanding pada PRN Pulau Pinang atau sebaliknya.
PETALING JAYA:
Nurul Izzah Anwar menyerahkan sepenuhnya kepada parti untuk memutuskan sama ada dia akan bertanding PRN Pulau Pinang akan datang.

Naib presiden PKR itu berkata, ketika ini dia akan menjalankan tanggungjawab sedia ada iaitu sebagai ketua bersama sekretariat jawatankuasa penasihat Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Hassan Marican.

“Saya bagaimanapun terikat dengan keputusan parti saya,” katanya kepada FMT.

Terdahulu media melaporkan Nurul Izzah dijangka bertanding dan akan dilantik ke jawatan penting sekiranya PH kembali berkuasa di Pulau Pinang.

Sumber yang enggan dinamakan berkata penyertaan Nurul Izzah dalam PRN itu boleh meningkatkan peluang partinya untuk mengekalkan kerusi di DUN dan membantu mendapatkan undi daripada golongan wanita.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata langkah terbaik adalah semua pihak PH bersiap sedia terhadap cabaran yang akan dihadapi dalam PRN akan datang.

Beliau turut mengingatkan anggota parti untuk mengukuhkan PH dan kerajaan perpaduan dalam setiap sudut.

“Kestabilan politik merupakan perkara penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kemakmuran bersama,” katanya.

Pada PRU15 November tahun lalu, Nurul Izzah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi calon PAS, Fawwaz Mohamed, dengan majoriti 5,272 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.