
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, berkata masjid dan surau di bawah dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut diminta berbuat perkara sama.
“Negara sedang berhadapan dengan keadaan cuaca panas dan kering yang memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian. Sehubungan dengan itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdoa supaya cuaca kembali berada dalam keadaan baik.
“Saya telah meminta masjid-masjid di bawah seliaan Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, untuk melaksanakan solat hajat pada 1 Jun,” katanya menurut Bernama.
Jabatan Meteorologi sebelum ini menjangkakan Malaysia akan mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan sehingga Ogos, susulan peralihan monsun.