Anwar diarah fail pembelaan dalam saman RM150 juta Dr M

Anwar diarah fail pembelaan dalam saman RM150 juta Dr M

Dr Mahathir Mohamad berkata, kenyataan Anwar Ibrahim mempunyai kesan lebih teruk terhadapnya kerana dibuat atas kapasitinya sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir Mohamad berkata, dakwaan Anwar Ibrahim menjatuhkan imejnya sebagai negarawan dan bekas perdana menteri.
SHAH ALAM:
Mahkamah Tinggi di sini memberi masa sehingga 14 Jun ini untuk Anwar Ibrahim memfailkan pembelaan dalam saman fitnah RM150 juta oleh Dr Mahathir Mohamad atas kenyataan perdana menteri itu mendakwanya rasis dan memperkayakan keluarganya ketika berkuasa.

Peguam Alliff Benjamin Suhaimi yang mewakili Anwar berkata, arahan itu dikeluarkan ketika pengurusan kes hari ini di depan Penolong Kanan Pendaftar, Elizabeth Low.

Katanya, peguam Mahathir perlu memfailkan maklum balas mereka pada 6 Julai dan pengurusan kes berikutnya ditetapkan pada 7 Julai ini.

Mahathir dalam samannya mendakwa kenyataan Anwar dibuat atas kapasitinya sebagai perdana menteri, oleh itu ia mempunyai kesan lebih teruk terhadapnya berbanding kenyataan sama yang dibuat rakyat biasa.

Katanya, dakwaan itu menjatuhkan imejnya sebagai negarawan dan bekas perdana menteri.

Justeru, beliau mahu Anwar menarik balik semua kenyataan fitnah terhadapnya yang disiarkan dalam media massa dan media sosial.

Mahathir berkata, kenyataan fitnah Anwar itu bertujuan menjatuhkan imejnya kerana ia dilihat dan didengar orang ramai.

Beliau juga mahu Anwar memohon maaf tanpa syarat dan berjanji tidak akan mengulangi kenyataan sama pada masa depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.