Agihan kerusi PN 90% siap, kata Hamzah

Agihan kerusi PN 90% siap, kata Hamzah

Setiausaha agung PN berkata, hanya beberapa kerusi yang belum dimuktamadkan di Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.

Hamzah Zainudin berkata, rundingan agihan kerusi PN untuk PRN di enam negeri sudah sampai penghujungnya.
PETALING JAYA:
Rundingan agihan kerusi parti komponen Perikatan Nasional (PN) 90% selesai bagi menghadapi PRN di enam negeri, kata Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin.

“Sudah sampai penghujungnya…di Selangor dan Kedah, ada satu, dua lagi kerusi yang kita nak muktamadkan. Di Negeri Sembilan, tidak banyak kerusi lagi.

“90% telah pun kita selesaikan,” katanya selepas merasmikan Kejuaraan Silat Terbuka Pendekar Seabad Universiti Malaya kali ke-14 peringkat kebangsaan dan jemputan antarabangsa 2023 di sini.

PRN akan diadakan di enam negeri, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Terdahulu, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu berkata, rundingan agihan kerusi parti komponen PN secara umumnya hampir selesai dan calon dinamakan akar umbi bagi PRN di enam negeri sedang disaring.

Katanya, selepas proses rundingan agihan kerusi dimuktamadkan dan saringan calon selesai, PN akan terus berkempen di enam negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.