
Ketua Polis Sungai Siput, Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata berikutan kejadian itu, satu laporan polis telah diterima pihaknya, 6.25 petang semalam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu membabitkan enam individu termasuk remaja, berusia antara 16 hingga 19 tahun.
“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap sekumpulan remaja yang membuat bising dengan membunyikan ekzos motosikal,” katanya menurut Harian Metro
Menurutnya, susulan itu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dengan beberapa saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan.
“Setakat ini tiada tangkapan dibuat namun kes itu akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya sebaik kertas siasatan mengenainya selesai selain keterangan semua saksi kejadian diambil,” katanya.
Beliau dalam pada itu beliau mengingatkan masyarakat untuk tidak sesekali menularkan maklumat tidak sahih kepada umum serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu kerana boleh mengganggu siasatan.