
Mangsa, Mohd Nazri Elias, 50, maut di tempat kejadian dalam kemalangan 3.10 petang di KM92.1 lebuh raya, arah selatan.
Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata mangsa dipercayai memberhentikan kenderaannya dengan keadaan tayar hadapan dan belakang kenderaan tersebut masih berada di lorong kiri lebuh raya.
“Sebaik (kenderaan) berhenti, mangsa keluar dari kenderaannya dan dalam masa sama, lori yang berada di lorong kiri tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa dan bahagian tepi kanan kenderaannya,” katanya, lapor Kosmo.
Zaidy berkata, ketika kejadian, kereta dipandu mangsa dan lori jenis Isuzu yang dipandu Abdul Halim Murugan Abdullah, 51, dari arah Plaza Tol Gurun ke Plaza Tol Sungai Petani Selatan.
Mangsa yang beralamat di Felda Chuping, Kangar, Perlis maut akibat kecederaan parah di kepala, manakala pemandu lori yang beralamat di Felda Kerteh 5, Dungun, Terengganu tidak cedera.