Hari Gawai suram, rumah panjang musnah terbakar

Hari Gawai suram, rumah panjang musnah terbakar

Kebakaran berlaku melibatkan Rumah Panjang Selunsin di Sarikei menyebabkan ia musnah hampir keseluruhan.

Rumah Panjang Selunsin, Ulu Wak di Pakan, Bintangor, Sarawak musnah menjelang sambutan Hari Gawai, Khamis ini. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Sambutan Hari Gawai pada Khamis ini bagi sebilangan penduduk Rumah Panjang Selunsin, Ulu Wak di Pakan, Bintangor, Sarawak bertukar pilu selepas kediamanan mereka musnah dalam kebakaran.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.36 pagi.

Susulan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dan BBP Sarikei dikejarkan ke lokasi untuk memberi bantuan.

“Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan sebuah rumah panjang dua tingkat berstruktur separuh kekal.

“Keseluruhan bahagian hadapan iaitu ruai (anjung) dan bilik tidur musnah sepenuhnya manakala bahagian belakang iaitu ruang tengah dan dapur berjaya diselamatkan,” katanya.

Tambahnya, kemusnahan akibat kebakaran adalah sebanyak 80% secara keseluruhan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.