GLC dipelawa biayai program sukan, kata TPM

GLC dipelawa biayai program sukan, kata TPM

Zahid Hamidi berkata, pihaknya juga akan memohon peratusan pengecualian cukai bagi penaja-penaja seperti syarikat tersenarai dan GLC dinaikkan.

Penajaan program sukan oleh GLC dialu-alukan bagi memangkin pembangunan sukan melalui penglibatan pelbagai pemegang taruh, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dipelawa untuk membiayai program-program sukan bagi menyelaras dan memperkemas sistem penyampaian inisiatif serta program pembangunan sukan, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Jemaah Menteri Pembangunan Sukan yang dipengerusikannya hari ini.

“Hal ini adalah bagi memangkin pembangunan sukan melalui penglibatan pelbagai pemegang taruh terutamanya pihak GLC,” katanya pada sidang media di Bangunan Perdana Putra.

Dalam pada itu, Zahid berkata, pihaknya akan memohon peratusan pengecualian cukai bagi penaja-penaja seperti syarikat tersenarai dan GLC dinaikkan.

“Ini bagi mengalakkan penambahan jumlah penajaan oleh syarikat-syarikat berkenaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.