PN dijangka bincang agihan kerusi 5 Jun

PN dijangka bincang agihan kerusi 5 Jun

Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar berkata isu yang tidak dapat diselesaikan dalam mesyuarat itu akan dibawa ke Majlis Presiden.

Sebarang isu yang tidak dapat diselesaikan dalam mesyuarat itu akan dibawa ke Majlis Presiden untuk keputusan akhir, kata Ahmad Samsuri Mokhtar. (Gambar Bernama)
KUALA TERENGGANU:
Perbincangan berkaitan agihan kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN dijangka diadakan pada 5 Jun depan.

Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jawatankuasa perunding daripada parti komponen akan menghadiri pertemuan itu bagi membuat keputusan, yang akan dibawa ke Majlis Presiden PN.

“Sebelum ini kita dah adakan pertemuan untuk bincang kerusi, tetapi ada beberapa pemimpin parti (komponen) yang tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Jadi kami jawatankuasa perunding duduk dan bincang (agihan kerusi) pada 5 Jun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Dana Sumbangan Pendidikan Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) di sini, hari ini.

Ahmad Samsuri yang juga menteri besar Terengganu berkata sebarang isu yang tidak dapat diselesaikan dalam mesyuarat berkenaan akan dibawa ke Majlis Presiden untuk pertimbangan dan keputusan akhir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.