
Dalam kejadian 12.05 tengah hari itu, penunggang motosikal, Mohamad Ghadafi Mohd Tahir, 30, maut di tempat kejadian, manakala pemboncengnya, Kamarodeng Chemae, 28, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Ketua Polis Pasir Mas, Kama Azural Mohamed, berkata kejadian itu dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi dipandu lelaki 27 tahun dari arah Rantau Panjang ke Jeli, memasuki laluan bertentangan kerana mengelak haiwan melintas.
Katanya, kereta itu bertembung dengan motosikal mangsa sebelum terbabas ke gaung berhampiran.
“Penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia, sementara pemandu kereta dan penumpang wanita berusia 26 tahun cedera serta dirawat di Hospital Pasir Mas (HPM),” katanya menurut Harian Metro.
Menurutnya, siasatan juga mendapati pemandu kereta yang bekerja sebagai buruh itu tidak mempunyai lesen memandu.
“Mayat mangsa dihantar ke unit forensik HPM untuk bedah siasat dan kes disiasat Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.