Lebih RM1.5 juta kompaun kesalahan merokok di Pahang tahun ini

Lebih RM1.5 juta kompaun kesalahan merokok di Pahang tahun ini

Dalam operasi dua hari di Kuantan, Temerloh dan Bentong saja, 495 notis kompaun berjumlah RM112,350 dikeluarkan.

Jabatan Kesihatan Pahang mengeluarkan 6,750 notis kompaun atas pelbagai kesalahan berkaitan merokok sejak awal tahun ini.
KUANTAN:
Jabatan Kesihatan Pahang mengeluarkan 6,750 notis kompaun bernilai lebih RM1.5 juta atas pelbagai kesalahan berkaitan merokok dalam operasi sejak awal Januari lalu hingga hari ini di seluruh negeri itu.

Pengarahnya, Dr Nor Azimi Yunus berkata, dalam operasi kelmarin serta semalam di Kuantan, Temerloh dan Bentong saja, pihaknya mengeluarkan 495 notis kompaun mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 berjumlah RM112,350.

“Kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan merokok di kawasan larangan merokok dan kegagalan pemilik premis memastikan tiada orang merokok,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.