
Premier Sarawak, Abang Johari Openg, berkata cadangan itu disampaikan kerajaan negeri kepada Kementerian Pengangkutan dalam pertemuan hari ini.
“Ini adalah projek kerajaan persekutuan dan satu kajian mengenai projek itu akan dibuat oleh Kementerian Pengangkutan. Kereta api ini dijangka melalui Sabah dan berhubung juga dengan Kalimantan, Indonesia.
“Jadi seharusnya perlu juga ada perbincangan antara Malaysia, Indonesia dan Brunei kerana projek ini mungkin melibatkan ketiga-tiga negara,” katanya dalam sidang media selepas mendengar taklimat mengenai projek pembangunan bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).
Beliau berkata, jika projek itu berjaya dilaksana, ia bakal membuka peluang ekonomi kepada kawasan dilalui kereta api tersebut.
“Saya rasa masanya telah tiba untuk kita wujudkan kereta api ini yang semestinya akan dapat merancakkan aktiviti ekonomi terutama dari segi logistik,” katanya.