Thailand gagalkan cubaan seludup 1.2 tan dadah ke Malaysia

Thailand gagalkan cubaan seludup 1.2 tan dadah ke Malaysia

Dadah jenis methamphetamine yang dirampas bernilai 120 juta baht (RM15.8 juta) di Songkhla.

Pihak berkuasa Thailand merampas 1.2 tan dadah di sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan di Songkhla, selatan Thailand. (Gambar Facebook)
SONGKHLA:
Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB) berjaya merampas 1.2 tan dadah jenis methamphetamine yang mahu diseludup masuk ke negara ini.

Dadah berkenaan yang dianggar bernilai RM15.8 juta itu dirampas di Songkhla, selatan Thailand, hari ini.

Setiausaha Agung Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB), Wichai Chaimongkol, berkata dadah itu dirampas di sebuah rumah dijadikan stor penyimpanan.

Selain itu, beliau berkata, sebahagian dadah juga ditemukan dalam dua buah pikap parkir di pekarangan rumah.

“Ini merupakan rampasan terbesar pada tahun ini. Siasatan awal mendapati dadah itu dipercayai akan diseludup ke Malaysia,” katanya.

Beliau menambah, ketibaan pasukan ONCB disedari sindiket itu dan mereka berjaya meloloskan diri.

“Kami berjaya merampas dua buah kereta dan sebuah motosikal,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.