Usia 33 hingga 44 tahun paling ramai bankrap, kata Azalina

Usia 33 hingga 44 tahun paling ramai bankrap, kata Azalina

Dari 2019 hingga 2023 jumlah dibankrapkan dalam umur kategori tersebut ialah 13,073 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata kerajaan bercadang meningkatkan had muflis RM50,000 kepada RM100,000. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Tidak benar tanggapan ramai anak muda bankrap memandangkan hanya 107 individu berstatus demikian melibatkan kumpulan umur bawah 25 tahun bagi tempoh 2019 hingga 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata sebaliknya golongan berumur 35 hingga 44 tahun paling tinggi bankrap, iaitu 13,073 dalam tempoh sama.

“Dari tahun 2019 hingga 2023 jumlah bawah 25 tahun jadi bankrap 107 orang.

“Paling banyak umur bankrap ialah antara 35 hingga 44 tahun dari tahun 2019 hingga 2023, jumlah dibankrapkan dalam umur kategori tersebut ialah 13,073 orang.

“Sementara bagi mereka 55 tahun ke atas dari 2019 hingga 2023 jumlahnya tak begitu tinggi iaitu 5,297 orang.

“Maknanya orang banyak kata orang muda yang muflis sebenarnya tak sangat, antara umur 35 hingga 44 yang tinggi,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Insolvensi (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat.

Azalina turut memaklumkan, bagi pecahan mengikut jantina pula, lelaki paling tinggi bankrap berjumlah 25,104, berbanding perempuan, 8,912 bagi tempoh 2019 hingga 2023.

Beliau juga mengakui daripada jumlah mereka yang bankrap, orang Melayu mencatat jumlah tertinggi, 19,791 dalam tempoh sama.

“Itu sebabnya inisiatif kerajaan membantu golongan bankrap, antaranya pertama peningkatan had muflis dari RM50,000 kepada RM100,000,“ katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.