
“Siapa kata agihan bantuan kredit itu dibuat bulan April? TikTok? Itu tak benar.
“Kalau yang tu menteri kewangan kata, itu betul. Tapi kalau TikTok kata, nanti menteri kewangan akan jawab,” katanya dalam sesi santai petang dan dialog bersama anak muda di Kolej Vokasional Langkawi.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata, pengagihan bantuan itu akan dibuat pada Jun depan.
“Sekarang Mei, Insya-Allah Jun kita bagi,” katanya.
Terdahulu, terdapat rungutan dalam kalangan anak muda terhadap kelambatan kerajaan dalam pengagihan bantuan tunai berkenaan yang dikongsikan menerusi media sosial sejak April.
Pada 24 Feb lalu, Anwar mengumumkan seramai dua juta belia berumur 18 hingga 20 tahun akan menerima bantuan kredit e-tunai Belia Rahmah, berjumlah RM200 menerusi Belanjawan 2023 baharu, yang membabitkan peruntukan berjumlah RM400 juta.