Wong Chen dilantik pengerusi Malaysia Debt Ventures Berhad

Wong Chen dilantik pengerusi Malaysia Debt Ventures Berhad

Ahli Parlimen PKR berkata beliau layak memegang jawatan itu kerana pernah menjadi peguam korporat.

Pelantikan Ahli Parlimen Subang Wong Chen sebagai pengerusi bukan eksekutif Malaysia Debt Ventures Bhd berkuat kuasa hari ini.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dilantik sebagai pengerusi bukan eksekutif Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), berkuat kuasa hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Ahli Parlimen PKR itu menyatakan beliau layak untuk jawatan tersebut kerana pernah menjadi peguam korporat, tambahan pula pelantikannya disemak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“(MDV) merupakan entiti milik kerajaan yang menyediakan kemudahan pembiayaan kepada sektor teknologi maklumat dan komunikasi.

“Saya juga telah mengisytiharkan harta dan menandatangani ikrar anti-rasuah. Selain itu, saya juga mengambil pendirian untuk tidak mempengerusikan jawatankuasa lembaga mengenai pengurusan risiko, pampasan, audit, serta pembiayaan dan pelaburan.

“Ini supaya dapat mengurangkan sebarang isu konflik kepentingan,” kata Wong Chen.

Wong Chen berkata, beliau juga dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) mengenai hubungan antarabangsa dan perdagangan.

Ahli Parlimen tiga penggal itu berkata, JKPK akan menyelidik dasar kementerian luar, pelaburan, perdagangan dan industri, serta ekonomi.

“Adalah satu penghormatan untuk sekali lagi berkhidmat di Parlimen dalam kapasiti ini. Sebelum ini, saya juga menjadi pengerusi JKPK yang sama dari 2019 hingga 2020 dalam tempoh singkat selama empat bulan sebelum kerajaan Pakatan Harapan digulingkan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.