LGBT ‘masalah kesihatan mental’, perlu ada bukti sains, Yii jawab Ahli Parlimen PN

LGBT ‘masalah kesihatan mental’, perlu ada bukti sains, Yii jawab Ahli Parlimen PN

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata tidak sepatutnya komuniti LGBT menjadi mangsa diskriminasi hanya kerana mereka mempunyai gaya hidup berbeza.

Ketua Pemuda DAP Dr Kelvin Yii, berkata komuniti LGBT perlu dilayan dengan ihsan dan empati, berbanding mendiskriminasikan mereka.
PETALING JAYA:
Ketua Pemuda DAP Dr Kelvin Yii mengkritik seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional susulan mencadang golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) dianggap sebagai “masalah kesihatan mental”.

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu, berkata komuniti LGBT perlu dilayan dengan ihsan dan empati, berbanding mendiskriminasikan mereka kerana mempunyai gaya hidup berbeza.

“Sebarang klasifikasi (merujuk isu masalah kesihatan mental) perlu dibuat berdasarkan bukti dan sains. Apabila sampai ke arah itu, DSM (manual diagnostik dan statistik gangguan mental) menjadi titik rujukan.

“Anda tidak sepatutnya mendiskriminasikan sesiapa sahaja, sama ada anda bersetuju (dengan gaya hidup mereka) atau tidak,” kata Yii dalam ciapan di Twitter.

Hari ini, Ahli Parlimen Pasir Salak Jamaludin Yahya, membuat cadangan itu dalam perbahasan Dewan Rakyat berhubung pindaan Akta Kesihatan Mental.

Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali menyokong cadangan tersebut, namun Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man, menyangkal dua wakil rakyat PAS itu, sambil menyatakan isu kesihatan mental tidak boleh dipandang remeh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.