Bekas timbalan presiden KDM sertai GRS

Bekas timbalan presiden KDM sertai GRS

Tindakan itu dibuat sebelum kerajaan Sabah pimpinan Hajiji Noor dijadual membentangkan rang undang-undang anti-lompat pada persidangan DUN.

Adun Limbahau Juil Nuatim keluar Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dua hari lalu.
PETALING JAYA:
Adun Limbahau Juil Nuatim menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai ahli langsung dua hari selepas mengumumkan keluar Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Juil menghantar permohonan keahlian kepada Pengerusi GRS Hajiji Noor hari ini, lapor The Borneo Post.

Selain ketua menteri dan Juil, turut serta Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kitingan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Joachim Gunsalam.

Tindakan diambil Juil itu ketika kerajaan Sabah pimpinan Hajiji dijadual membentangkan rang undang-undang anti-lompat pada persidangan DUN, minggu ini.

Juil merupakan bekas timbalan presiden KDM, parti pimpinan Peter Anthony sebelum mengumumkan keluar parti, pada Ahad.

Beliau berkata, tindakannya berpihak kepada kerajaan negeri sekarang lebih baik bagi memastikan peruntukan mencukupi untuk pembangunan kawasannya.

Juil menang kerusi Limbahau atas tiket Warisan pada PRN Sabah 2020, namun meninggalkan parti itu pada Disember 2021 bersama Peter yang juga Adun Melalap. Mereka kemudiannya mengasaskan penubuhan KDM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.