
Katanya, beliau mahu memberi laluan kepada calon lebih muda dan berpotensi besar dalam Perikatan Nasional (PN) untuk mengisi kekosongan ditinggalkan.
Terdahulu, FMT melaporkan Azmin dijangka dipindahkan dari Bukit Antarabangsa ke DUN “selamat” untuk bertanding di PRN Selangor susulan kekalahan teruk pada PRU15.
Menurut sumber Bersatu, selain Morib, parti itu dikatakan menimbang sehingga enam pilihan lain, termasuk Sijangkang, untuk pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu.
“Saya sudah maklumkan sebelum ini bahawa saya mahu berehat. Saya sudah berkhidmat selama tujuh penggal, satu penggal di Ulu Kelang, tiga penggal di Bukit Antarabangsa dan Gombak,” katanya kepada wartawan.
“Keputusan itu (berehat) saya buat enam bulan lalu sejurus selepas pilihan raya. Saya masih berpegang kepada keputusan tersebut,” katanya.
Pada 18 Mei, memetik Utusan Malaysia, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata sedia berdepan Azmin sekali lagi jika beliau bertanding pada PRN.
Pada PRU15, Amirudin berjaya menumbangkan Azmin di Parlimen Gombak dengan majoriti hampir 13,000 undi.