
Beliau berkata, kaedah itu boleh menjadi tambahan kepada lebih 600 menara telekomunikasi yang dibina oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) di seluruh negeri ini.
Fahmi berkata, sekiranya kaedah itu berjaya digunakan di Sarawak, ia akan turut diguna pakai di negeri lain yang mempunyai masalah serupa.
“Kita akan lihat dari segi teknikalnya sama ada boleh dipasang alat telekomunikasi atau di lokasi-lokasi lain,” katanya selepas mengadakan lawatan ke menara telekomunikasi di Pantai Trombol.
Beliau juga berkata, sejumlah 125 menara lagi yang dibina oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) akan beroperasi menjelang sambutan Hari Gawai bagi menghubung serta merapatkan jurang telekomunikasi di negeri itu.