
RapidKL dalam catatan di Twitter berkata, kerja membaik pulih sedang dijalankan dan memohon maaf atas kesulitan berlaku.
Katanya, penumpang juga disarankan menggunakan mod pengangkutan alternatif lain sementara kerja membaik pulih sedang dijalankan.
Perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan.
Tren dari Kwasa Damansara berpatah balik di Muzium Negara manakala tren perantara dari Cochrane akan berpatah balik ke Kajang.
Terdapat juga tren alternatif dari Muzium Negara ke Cochrane.
Enam bas disediakan untuk mengangkut penumpang dari Muzium Negara ke Maluri. Kekerapan bas adalah setiap 10 hingga 15 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa, kata RapidKL.
Bagaimanapun, warga maya mengadu di Twitter kerana menunggu tren terlalu lama. Seorang pemilik akaun Twitter @iknick_88 berkata perjalanan dari stesen Kajang ke Muzium Negara mengambil masa sejam.
Terdapat juga pengguna lain memuatnaik gambar menunjukkan penumpang beratur panjang di stesen MRT dan memberitahu sedang mencari pengangkutan alternatif.