Takungan air 7 empangan Selangor penuh

Takungan air 7 empangan Selangor penuh

Menteri besar Selangor berkata berdasarkan trend penggunaan air secara keseluruhan, kapasiti air mentah di negeri itu mampu bertahan empat bulan tanpa hujan.

Empangan Semenyih antara tujuh empangan di Selangor yang dalam kapasiti 100%. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Takungan air bagi semua tujuh empangan di Selangor dalam kapasiti penuh setakat kelmarin.

Empangan itu ialah empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi di Hulu Selangor, Tasik Subang (Petaling), Sungai Langat dan Semenyih (Hulu Langat), Kolam Off River Storage Labu (Sepang), Klang Gates dan Empangan Batu (Gombak).

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, empangan di lima daerah itu berfungsi sebagai takungan sumber bekalan air.

“Berdasarkan trend penggunaan air di negeri ini secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama empat bulan tanpa hujan,” katanya menurut Sinar Harian susulan fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca panas berterusan.

Beliau berkata, Lembaga Urus Air Selangor mengenal pasti 98 kolam sebagai sumber air alternatif dan simpanan sumber air.

Katanya, kolam itu mengandungi 34 juta meter padu air.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.