
Anwar dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu adalah peningkatan 59.7% berbanding RM44.7 bilion untuk tempoh yang sama pada 2022.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata, pelaburan itu merangkumi 1,265 projek yang berpotensi menjana 24,000 pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
Anwar juga mengumumkan kerajaan juga bersetuju untuk menambah baik ekosistem agensi penggalakan pelaburan untuk memastikan meningkat dan mengekalkan pelaburan langsung asing.
Selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN), Anwar berkata MPN bersetuju untuk memperkasakan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebagai agensi penggalakan pelaburan utama negara.
Keputusan itu bagi mengatasi isu pertindihan tanggungjawab antara agensi penggalakan pelaburan.
“Tadbir urus agensi ini merupakan faktor penting bagi pelabur membuat keputusan dan menilai Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan,” katanya.
Kata Anwar, MPN akan bersidang sekurang-kurangnya empat kali setahun agar setiap inisiatif dan program pelaburan dapat dipantau dan dinilai keberkesanannya.
Anggota tetap MPN terdiri daripada menteri kewangan; menteri pelaburan, perdagangan dan industri; menteri ekonomi; gabenor Bank Negara dan ketua setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan.