Bidaan nombor plat FF dilanjut 24 jam

Bidaan nombor plat FF dilanjut 24 jam

Ia susulan aduan orang ramai mengenai sistem JPJeBid yang tidak stabil akibat trafik tinggi.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata, bidaan siri nombor pendaftaran FF yang sepatutnya berakhir semalam, dilanjutkan hingga 10 malam ini.
KUALA LUMPUR:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan masa bidaan siri nombor pendaftaran FF menerusi sistem JPJeBid yang dijadualkan tamat semalam sehingga 10 malam ini.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata langkah itu menyusul aduan orang ramai tentang sistem JPJeBid yang tidak stabil apabila tempoh bidaan bagi nombor plat FF akan berakhir disebabkan trafik tinggi.

“Untuk berlaku adil, JPJ melanjutkan masa pembidaan untuk 24 jam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Loke berkata, beliau akan berusaha memantapkan sistem digital JPJ dan agensi lain di bawah kementeriannya, malah sudah menemui Jawatankuasa Penasihat Digital (JPD) kementerian yang memberi nasihat penambahbaikan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.