
Katanya, semua nama calon terutama Umno akan dikemukakan selepas pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) selesai.
“Setakat ini pembahagian kerusi BH dan PH hampir selesai. Kita hampir memuktamadkan pembahagian kerusi.
“Barulah dia orang (ketua parti negeri) kemukakan nama,” katanya ketika ditemui di Majlis Riang Tanya bersama Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada ketua Umno negeri sudah menghantar nama untuk dijadikan calon pada PRN akan datang.
Enam negeri perlu mengadakan PRN tahun ini adalah Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, dan Selangor.