
Mangsa korban ialah Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin, 5, Siti Nur Aminah Nasaruddin, 8, dan Muhammad Azib Nasaruddin, 23, serta seorang wanita berusia 45 tahun, Azriyani Abdul Latif.
Seorang lagi penumpang kereta itu yang juga adik-beradik kepada mangsa maut, Muhammad Fawwaz Nasaruddin, 7, cedera parah, manakala pemandu lori dilaporkan selamat.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 2 pagi tadi.
Katanya, Proton Saga itu terbakar di bahagian bonet selepas melanggar belakang sebuah lori membawa muatan tanah.
“Empat mangsa disahkan maut oleh pegawai Kementerian Kesihatan, manakala seorang mangsa dibawa ke Hospital Kampar oleh pasukan kecemasan EMRS.
“Terdapat mangsa yang maut, melecur di beberapa anggota badan,” katanya menurut Sinar Harian.