
Ketua Polis Kuala Kangsar, Omar Bakhtiar Yaacob, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat lelaki itu dianggarkan berusia 40-an, pada 12.20 tengah malam.
“Hasil siasatan di tempat kejadian menjumpai mayat dalam sebuah tangki najis di belakang sebuah rumah dalam keadaan berkain sarung dan berseluar dalam tanpa baju.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan pada hari ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati punca kematian adalah disebabkan dipukul objek tumpul di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan.
Justeru, beliau berkata, polis sedang mengesan pasangan suami isteri yang juga rakan serumah mangsa dipercayai telah melarikan diri, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan IPD Kuala Kangsar di talian 05-7762222 atau pegawai penyiasat Mohd Subkey Alias di talian 013-9285436,” katanya.